Hanya menabung RM120 sebulan, dapat RM20,000 dalam 10 tahun.

Pepatah inggeris ada menyebut, “Begin with End in Mind”.

Maksud dari pepatah tersebut, MULAKAN sesuatu perkara dengan menetapkan matlamat akhir, apa yang anda ingin capai apabila membuat sesuatu perkara tersebut.

Ramai orang tidak mulakan menabung, kerana kebanyakannya tidak mempunyai perancangan yang jelas apa yang ingin dicapai 10, 15 atau 20 tahun lagi.

Sebelum anda menabung untuk mencapai RM20,000 tunai dalam akaun bank anda, anda perlulah menetapkan mindset yang betul. Kenapa ? Saya akan huraikan dengan lanjut kenapa.

Lagi PANJANG tempoh tabungan, lagi RENDAH risiko pelaburan.

My Trust Invest
My Trust Invest Menabung 20K

Matlamat Tabung Simpanan

Pertama sekali, apabila ingin membuat tabung simpanan, mestilah ditetapkan dengan 3 perkara ini. Perkara ini akan memastikan tabungan yang dibuat akan berterusan dan tercapai. Tanpa 3 perkara ini, tabungan anda hanya akan menjadi sekerat jalan sahaja. 3 perkara tersebut adalah:

  1. Matlamat Tabung
    Letakkan matlamat penggunaan untuk tabung yang dibuat. Pastikan matlamat tersebut, adalah matlamat yang cukup penting. Lebih bagus, anda tuliskan akibat jika tidak dapat capai matlamat tersebut. Diantara matlamat tabung adalah:
    • Tabung kegunaan kecemasan
    • Tabung deposit kereta
    • Tabung deposit beli rumah
    • Tabung pendidikan anak-anak
    • Tabung untuk persaraan

  2. Jumlah Tabungan
    Tetapkan jumlah tabung simpanan yang ingin dicapai untuk setiap tabung yang dibuat sesuai dengan matlamat tabung tersebut. Contohnya:
    • Tabung Kereta: RM20,000
    • Tabung Pendidikan Anak: RM50,000
    • Tabung Persaraan: RM500,000

  3. Tempoh Masa
    Setiap tabung yang dibuat, mestilah diletakkan KUNCI. Kunci tersebut hanya boleh dibuka apabila sampai tempohnya. Selagi masanya belum sampai, selagi itu tabung tersebut tidak boleh dibuka. Contoh tempoh masa yang ditetapkan:
    • Tabung Kereta : 5 Tahun lagi
    • Tabung Pendidikan Anak : 15 tahun lagi
    • Tabung Persaraan : 25 tahun lagi

Pengiraan Jumlah Simpanan Bulanan

Apabila 3 perkara utama telah ditetapkan iaitu, matlamat penggunaan, jumlah tabungan dan tempoh masa, perlulah dibuat pengiraan yang sesuai untuk mencapai matlamat tersebut.

Sebagai contoh, anda ingin membuat Tabung Deposit Kereta. Ini adalah contoh bagaimana anda tetapkan jumlah simpanan yang anda perlu buat secara bulanan untuk mencapai jumlah tabungan yang diperlukan.

Tabung DEPOSIT KERETA

Matlamat:
Membuat tabungan untuk bayar deposit Kereta Exora 1.6 Auto Premium bernilai RM 68,000.
Jika deposit dibuat sebanyak RM20,000 , bayaran bulanan kereta akan kurang dari RM800 (0% downpayment) kepada hanya RM570 sebulan. Jimat RM230 atau 28% bayaran bulanan.

Jumlah Tabungan : RM20,000

Tempoh Masa : 10 tahun lagi

Daripada matlamat tabungan yang dibuat, simpanan bulanan yang perlu dibuat adalah:

Simpanan Bulanan
= RM20,000 / 10 tahun / 12 bulan
= RM166.66 / sebulan

Daripada pengiraan bulanan simpanan, anda perlu menyimpan sebanyak RM166.66 sebulan untuk mencapai matlamat RM20,000 jumlah tabungan dalam masa 10 tahun.

Adakah anda tahu, ada cara untuk KURANGKAN jumlah simpanan bulanan tersebut?
Bagaimana?

Salah satu caranya adalah dengan LABURKAN simpanan bulanan yang dibuat kedalam Dana Unit Amanah yang memberikan pulangan pelaburan yang tinggi, untuk jangka masa yang telah ditetapkan.

MENGAMBIL RISIKO PELABURAN

Matlamat tabung simpanan yang melebihi 5 tahun dan keatas, adalah dikira sebagai matlamat jangka masa panjang.

Apabila tabung yang dibuat adalah bermatlamat jangka masa panjang, tabung tersebut boleh dilaburkan didalam Dana Unit Amanah yang mempunyai potensi pulangan yang tinggi (8% dan keatas ) dengan risiko pelaburan yang tinggi.

Walaupun Dana Unit Amanah tersebut mempunyai risiko pelaburan yang tinggi, risiko tersebut dapat dikurangkan apabila Tabung Simpanan yang dibuat, adalah dengan matlamat jangka masa panjang ( melebihi 5 tahun ).

Ini adalah contoh bagaimana Dana Unit Amanah dengan prestasi pulangan 8% setahun, dapat merendahkan simpanan bulanan.

Tabung SIMPANAN BIASA

Simpanan Bulanan: RM166.66
Tempoh Simpanan: 10 Tahun
Purata Pulangan: 0% setahun

Jumlah Simpanan (A): RM20,000
Jumlah Keuntungan (B): RM0
Jumlah (A+B) : RM20,000

Dana Unit Amanah

Simpanan Bulanan: RM120.00
Tempoh Simpanan: 10 Tahun
Purata Pulangan: 8% setahun

Jumlah Pelaburan (A): RM14,400.00
Jumlah Keuntungan (B): RM7,353.00
Jumlah (A+B) : RM21,873

Anda dapat lihat, bagaimana pelaburan bulanan yang dibuat didalam Dana Unit Amanah dapat mengurangkan komitmen simpanan bulanan dari RM166.66 kepada hanya RM120.00. Jimat RM46.66 atau 28% kurang dari simpanan asal yang sepatutnya dibuat untuk mencapai tabungan RM20,000 dalam masa 10 tahun.

Pilihan Di Tangan Anda

Apabila anda ingin membuat simpanan tabung deposit kereta anda, adakah anda pilih untuk menabung RM166.66 di akaun simpanan atau melabur RM120.00 sebulan di Dana Unit Amanah untuk mencapai RM20,000 tabungan dalam masa 10 tahun?

Sudah ramai yang telah mengambil langkah membuat pelaburan didalam Dana Unit Amanah berbanding menyimpan didalam akaun simpanan biasa, dan menjimatkan belanja dalam banyak perkara yang ingin dicapai.

Anda boleh isi nama dan nombor telefon anda untuk berhubung dengan perunding unit amanah berdaftar untuk maklumat lanjut berkenaan dana unit amanah.

No Fields Found.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

My Trust Invest Telegram

Dapatkan info terkini dana unit amanah dan berita pasaran saham semasa dalam telegram channel My Trust Invest secara percuma.