Ramai yang tak tahu, STRATEGI kurangkan SIMPANAN dari RM277 sebulan jadi RM148 sahaja dalam masa 15 Tahun untuk Tabung Pendidikan Anak

Pepatah melayu ada mengatakan, “Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”.

Pepatah itu selalu digunakan untuk mendidik amalan menabung, untuk kegunaan di masa hadapan.

Tapi, tahukah anda, ada satu strategi yang ramai tidak tahu dan kurang faham didalam membuat simpanan secara optimum terutaman simpanan tabung pendidikan anak.

Letakkan RISIKO yang sesuai untuk setiap TABUNG simpanan.

My Trust Invest
My Trust Invest - Tabung Simpanan

Matlamat Tabung Simpanan

Pertama sekali, tabung simpanan yang dibuat, mestilah ditetapkan dengan 3 perkara:

  1. Matlamat Penggunaan
    Letakkan matlamat penggunaan untuk tabung yang dibuat. Diantara matlamat tabung adalah:
    • Tabung deposit beli kereta
    • Tabung deposit beli rumah
    • Tabung pendidikan anak-anak
    • Tabung untuk persaraan

  2. Jumlah Tabungan
    Tetapkan jumlah tabung simpanan yang ingin dicapai untuk setiap tabung yang dibuat sesuai dengan matlamat tabung tersebut. Contohnya:
    • Tabung Kereta: RM15,000
    • Tabung Pendidikan Anak: RM50,000
    • Tabung Persaraan: RM500,000

  3. Tempoh Masa
    Setiap tabung yang dibuat, mestilah diletakkan KUNCI. Kunci tersebut hanya boleh dibuka apabila sampai tempohnya. Selagi masanya belum sampai, selagi itu tabung tersebut tidak boleh dibuka. Contoh tempoh masa yang ditetapkan:
    • Tabung Kereta : 5 Tahun lagi
    • Tabung Pendidikan Anak : 15 tahun lagi
    • Tabung Persaraan : 25 tahun lagi

Pengiraan Jumlah Simpanan Bulanan

Apabila 3 perkara utama telah ditetapkan iaitu, matlamat penggunaan, jumlah tabungan dan tempoh masa, perlulah dibuat pengiraan yang sesuai untuk mencapai matlamat tersebut.

Sebagai contoh, anda ingin membuat Tabung Pendidikan Anak. Ini adalah contoh bagaimana anda tetapkan jumlah simpanan yang anda perlu buat secara bulanan untuk mencapai jumlah tabungan yang diperlukan.

Tabung Pendidikan Anak

Matlamat: Membuat tabungan untuk pembelajaran anak di universiti.

Jumlah Tabungan : RM50,000 ( Untuk 2 orang anak )

Tempoh Masa : 15 tahun lagi ( Umur anak sekarang 2 tahun )

Daripada matlamat tabungan yang dibuat, simpanan bulanan yang perlu dibuat adalah:

Simpanan Bulanan
= RM50,000 / 15 tahun / 12 bulan
= RM277.77 / sebulan

Daripada pengiraan bulanan simpanan, anda perlu menyimpan sebanyak RM277.77 sebulan untuk mencapai matlamat RM50,000 jumlah tabungan dalam masa 15 tahun.

Adakah anda tahu, ada cara untuk KURANGKAN jumlah simpanan bulanan?
Bagaimana?

Salah satu caranya adalah dengan LABURKAN simpanan bulanan yang dibuat kedalam Dana Unit Amanah yang memberikan pulangan pelaburan yang tinggi, untuk jangka masa yang telah ditetapkan.

MENGAMBIL RISIKO PELABURAN

Matlamat tabung simpanan yang melebihi 5 tahun dan keatas, adalah dikira sebagai matlamat jangka masa panjang.

Apabila tabung yang dibuat adalah bermatlamat jangka masa panjang, tabung tersebut boleh dilaburkan didalam Dana Unit Amanah yang mempunyai potensi pulangan yang tinggi (8% dan keatas ) dengan risiko pelaburan yang tinggi.

Walaupun Dana Unit Amanah tersebut mempunyai risiko pelaburan yang tinggi, risiko tersebut dapat dikurangkan apabila Tabung Simpanan yang dibuat, adalah dengan matlamat jangka masa panjang ( melebihi 5 tahun ).

Ini adalah contoh bagaimana Dana Unit Amanah dengan prestasi pulangan 8% setahun, dapat merendahkan simpanan bulanan.

Tabung SIMPANAN BIASA

Simpanan Bulanan: RM277.77
Tempoh Simpanan: 15 Tahun
Purata Pulangan: 0% setahun

Jumlah Simpanan (A): RM50,000
Jumlah Keuntungan (B): RM0
Jumlah (A+B) : RM50,000

Dana Unit Amanah

Simpanan Bulanan: RM148.10
Tempoh Simpanan: 15 Tahun
Purata Pulangan: 8% setahun

Jumlah Pelaburan (A): RM26,658.27
Jumlah Keuntungan (B): RM23,341.73
Jumlah (A+B) : RM50,000

Anda dapat lihat, bagaimana pelaburan bulanan yang dibuat didalam Dana Unit Amanah dapat mengurangkan komitmen simpanan bulanan dari RM277.77 kepada hanya RM148.10. Jimat RM129.67 atau 46% kurang dari simpanan asal yang sepatutnya dibuat untuk mencapai tabungan RM50,000 dalam masa 15 tahun.

Pilihan Di Tangan Anda

Apabila anda ingin membuat simpanan tabung pendidikan anak, adakah anda pilih untuk menabung RM277.77 di akaun simpanan atau melabur RM148.10 sebulan di Dana Unit Amanah untuk mencapai RM50,000 tabungan dalam masa 15 tahun?

Sudah ramai yang telah mengambil langkah membuat pelaburan didalam Dana Unit Amanah berbanding menyimpan didalam akaun simpanan biasa.

Anda boleh isi nama dan nombor telefon anda untuk berhubung dengan perunding unit amanah berdaftar untuk maklumat lanjut berkenaan dana unit amanah.

No Fields Found.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

My Trust Invest Telegram

Dapatkan info terkini dana unit amanah dan berita pasaran saham semasa dalam telegram channel My Trust Invest secara percuma.