Disini, kami bantu anda bagaimana untuk membuat pelaburan pertama anda di Public Mutual Online.
Ikuti langkah-langkah yang diberikan ini.
1. Pergi ke laman web Public Mutual Online.
https://www.publicmutualonline.com.my
Log masuk menggunakan username dan password anda.
2. Open Account
Klik Open Account
3. Pilih Dana
Pilih dana yang anda ingin buat pelaburan dari senarai dana yang dibuka untuk pelaburan.
Klik di nama dana tersebut.
Dapatkan khidmat nasihat daripada perunding unit amanah (UTC) anda berkenaan dana yang sesuai untuk anda.
4. Masukkan maklumat yang diperlukan.
Pilih nama Joint Holder jika ada.
Pilih nama Unit Trust Consultant anda.
Masukkan jumlah pelaburan yang anda ingin laburkan.
Tandakan kotak “I agree ….. “
Klik “Proceed”
5. Pilih cara pembayaran.
Pilih bank yang anda ingin gunakan untuk pembayaran.
Tandakan kotak.
Klik “Proceed”
6. Teruskan dengan Pembayaran.
Anda akan dibawa ke laman web bank yang anda telah pilih untuk membuat pembayaran.
7. Transaksi Selesai.
Pelaburan anda akan diproses beberapa hari mengikut tempoh yang ditetapkan dana tersebut.
Dana yang telah diproses akan muncul di bahagian View Account.