Skim Pelaburan Ahli KWSP

Skim Pelaburan Ahli KWSP

Skim Pelaburan Ahli KWSP (EPF-MIS) adalah satu skim yang membolehkan ahli KWSP memindahkan sebahagian daripada caruman mereka untuk dilaburkan ke dalam dana unit amanah.

Ahli KWSP yang layak boleh memilih untuk melabur dalam dana unit amanah yang layak dengan institusi pengurusan dana (IPD) yang dilantik di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Manfaat Skim Pelaburan Ahli KWSP

Apakah manfaat pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP ini?

Antara yang boleh dimanfaatkan oleh Ahli KWSP melalui skim ini adalah:

Pelbagaikan pelaburan

Mempelbagaikan pelaburan melalui dana luar negara dan domestik terpilih.

OPTIMumkan Simpanan

Peluang untuk mengoptimumkan simpanan KWSP anda.

TAnpa TUNAI

Tidak memerlukan wang tunai. Pelaburan akan dibuat terus daripada Akaun 1 KWSP anda.

Pelbagai DANA

Pelbagai dana unit amanah yang layak di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Kelayakan Skim Pelaburan Ahli KWSP

Apakah kelayakan untuk membuat pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP ini?

  • 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 boleh dilaburkan.
  • Pelaburan minimum adalah RM1,000.

Jumlah Simpanan Asas boleh dirujuk di jadual dibawah.

Contoh:
Jika anda berumur 30 tahun dan mempunyai RM45,000 didalam Akaun 1, pengiraan jumah pelaburan yang dibenarkan adalah:

Lebihan Simpanan:
= RM45,000 – RM35,000 (Simpanan Asas untuk umur 30 tahun)
= RM10,000

Jumlah pelaburan dibenarkan:
= Lebihan simpanan x 30%
= RM10,000 x 30%
= RM3,000

Jadi, jumlah pelaburan yang dibenarkan maksimum adalah RM3,000.

Public Mutual Berhad

Public Mutual Berhad adalah salah sebuah Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik dibawah Skim Pelaburan Ahli KWSP. Sebagai sebuah syarikat pengurusan dana terkemuka di Malaysia, antara kelebihan Public Mutual Berhad adalah:

PENERAJU INDUSTRI

– No.1a dalam unit amanah dan Skim Persaraan Swasta (PRS).
– Jumlah saiz dana sebanyak RM87.6 bilionb.
– 4.2 juta pemegang akaun.

Jenama Yang Kukuh

– Pemenang Reader’s Digest Trusted Brand Platinum Award 2020 untuk kategori Syarikat Dana Pelaburan di Malaysia.
– Pemenang Terbesar di Refinitiv Lipper Fund Awards 2020 dengan memenangi 34 anugerah termasuk 2 Anugerah Kumpulan untuk Ekuiti Terbaik, Malaysia dan Aset Campuran Terbaik, Malaysia.
– Pemenang 10 Anugerah Dana Islam Global di Refinitiv Lipper Fund Awards 2020.

Rangkaian luas dan menyeluruh

– Tenaga pengagihan perunding unit amanah (PEUA) terbesar dalam seluruh industri unit amanah.
– Disokong oleh 31 Cawangan/Pusat Khidmat Pelanggan dan lebih daripada 260 cawangan Public Bank di seluruh negara.

PENGALAMAN YANG LUAs

Lebih daripada 35 tahun pengalaman dalam pengurusan dana.

PELBAGAI JENIS DANA

– Menawarkan lebih daripada 145 Dana Konvensional dan berlandaskan Syariah untuk memenuhi keperluan pelaburan anda.

Public Mutual Online (PMO)

– Menyediakan kaedah yang cepat dan mudah untuk anda memantau pelaburan anda.
Anda juga boleh melabur dan melakukan urus niaga dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

a Dari segi jumlah saiz dana yang diuruskan antara syarikat unit amanah swasta dan penyedia PRS di Malaysia.
Sumber: The Edge-Lipper, 22 Jun 2020.
b Sumber: Seperti yang disenaraikan dalam Lipper, Jun 2020 dan termasuk dana borong kami.

Dana Yang Layak Skim Pelaburan Ahli KWSP

Terdapat pelbagai dana yang layak di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP yang ditawarkan oleh Public Mutual.

Jadual di bawah menunjukkan Dana Siri Public Berlandaskan Syariah yang layak di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP.

NoNama DanaPendedahan Dalam
Aset Asing
DANA EKUITI
1Public Asia Ittikal Fund
(Public Dana Asia Ittikal)
Sehingga 98%
2Public Islamic Advantage Growth Equity Fund
(Public Dana Ekuiti Tumbuh Berkelebihan Islamik)
Sehingga 25%
3Public Islamic Alpha-40 Growth Fund
(Public Dana Tumbuh Alpha-40 Islamik)
Sehingga 30%
4Public Islamic Asia Dividend Fund
(Public Dana Dividen Asia Islamik)
Sehingga 98%
5Public Islamic Asia Leaders Equity Fund
(Public Dana Ekuiti Teraju Asia Islamik)
Sehingga 98%
6Public Islamic Dividend Fund
(Public Dana Dividen Islamik)
Sehingga 30%
7Public Islamic Enterprises Equity Fund
(Public Dana Ekuiti Perusahaan Islamik)
Sehingga 25%
8Public Islamic Equity Fund
(Public Dana Ekuiti Islamik)
Sehingga 30%
9Public Islamic Savings Fund
(Public Dana Simpanan Islamik)
Sehingga 30%
10Public Islamic Select Enterprises Fund
(Public Dana Perusahaan Terpilih Islamik)
Sehingga 25%
11Public Islamic Select Treasures Fund
(Public Dana Khazanah Terpilih Islamik)
Sehingga 25%
12Public Islamic Treasures Growth Fund
(Public Dana Tumbuh Khazanah Islamik)
Sehingga 30%
13Public Ittikal Fund
(Public Dana Ittikal)
Sehingga 30%
14Public Ittikal Sequel Fund
(Public Dana Sekuel Ittikal)
Sehingga 30%
DANA ASET CAMPURAN
15Public Ehsan Mixed Asset Conservative Fund
(Public Dana Ehsan Aset Campuran Konservatif)
Sehingga 25%
16Public Islamic Asia Tactical Allocation Fund
(Public Dana Alokasi Taktikal Asia Islamik)
Sehingga 98%
DANA IMBANG
17Public Islamic Growth Balanced Fund
(Public Dana Tumbuh Imbang Islamik)
Sehingga 25%
DANA BON
18Public Islamic Infrastructure Bond Fund
(Public Dana Bon Infrastruktur Islamik)
Sehingga 25%
19Public Islamic Select Bond Fund
(Public Dana Bon Terpilih Islamik)
Sehingga 30%
20Public Sukuk Fund
(Public Dana Sukuk)
Sehingga 30%
DANA PASARAN WANG
21Public Islamic Money Market Fund
(Public Dana Pasaran Wang Islamik)
– #

^ – Senarai dana yang layak di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP berkuat kuasa pada 1 April 2020, tertakluk pada semakan tahunan oleh KWSP. Sila rujuk laman web Public Mutual (www.publicmutual.com.my) untuk mengetahui senarai terkini dana yang layak di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP.
Nota: Terdapat yuran dan caj yang perlu ditanggung apabila melabur dalam dana yang dinyatakan di atas. Sila rujuk Prospektus Induk, Prospektus Tambahan dan Helaian Penting Produk dana berkenaan untuk butiran lanjut mengenai yuran dan caj.
# – 100% melabur dalam aset domestik.

Tempoh Bertenang

Untuk pelabur kali pertama dengan Public Mutual
• Serahkan permohonan dalam masa 6 Hari Bekerja dari tarikh penerimaan borang permohonan
dan bayaran oleh Public Mutual.
• Bayaran balik penuh akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan notis bertenang
oleh Public Mutual.

Maklumat Lanjut dan Pendaftaran

Jika anda ingin dapatkan penerangan lanjut berkenaan dengan Skim Pelaburan Ahli KWSP, boleh isi maklumat dibawah untuk berhubung dengan perunding unit amanah (UTC) berdaftar. Kami akan berikan maklumbalas secepat mungkin kepada anda.

No Fields Found.

2 thoughts on “Skim Pelaburan Ahli KWSP”

  1. Pingback: Prestasi Dana Saham Amanah Diluluskan KWSP | My Trust Invest

  2. Pingback: Apakah Dana Unit Amanah | My Trust Invest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

My Trust Invest Telegram

Dapatkan info terkini dana unit amanah dan berita pasaran saham semasa dalam telegram channel My Trust Invest secara percuma.