Bagi orang yang beragama islam, pelaburan didalam instrumen yang patuh syariah adalah pilihan yang menjadi keutamaan.
Memandangkan peluang untuk pelaburan didalam saham global lebih mudah dan memerlukan modal yang lebih rendah sekarang ini, ramai yang mengintai saham-saham global yang menarik untuk dipilih.
Broker Saham Global
Sebelum anda membuat pembelian saham-saham global yang patuh syariah, terlebih dahulu anda perlu memilih Broker Saham Global yang menyediakan akaun patuh syariah untuk anda membuat pelaburan di pasaran saham global.
Diantara broker saham global yang menyediakan akaun islamik adalah:
- CGS CIMB
- RHB Investment
- MIDF Invest
Kami akan kemaskini senarai broker saham global patuh syariah ini dari masa ke semasa.
Kebiasaannya, apabila anda membuka akaun dengan broker yang menyediakan pilihan akaun patuh syariah, anda hanya boleh membeli saham-saham yang patuh syariah sahaja. Sistem secara automatik tidak akan membenarkan anda membuat pembelian saham-saham yang tidak patuh syariah.
Kriteria Saham Global Patuh Syariah
Jika anda ingin memilih saham-saham global yang patuh syariah di pasaran bursa USA, China, Europe, Asia atau Asean, anda boleh membuat carian dengan mudah di app Islamicly atau di muslimxchange.com
Ada metodologi asas yang digunapakai untuk menentukan sama ada sesebuah syarikat tersebut patuh syariah ataupun tidak.
Secara asasnya, saham-saham global terlibat didalam industri berikut akan dikategorikan sebagai tidak patuh syariah:
- Perkhidmatan kewangan berasaskan riba (interest) / Perbankan konvensional
- Perjudian
- Perkilangan atau penjualan produk tidak halal
- Insuran konvensional
- Aktiviti hiburan yang tidak dibenarkan oleh syariah
- Perkilangan atau penjualan produk berkaitan tembakau
- Broker saham didalam sekuriti tidak patuh shariah
Senarai Saham Global Patuh Syariah
Dikongsikan disini dengan anda, senarai saham-saham utama di pasaran USA dan global yang tersenarai didalam 10 syarikat terbesar didalam indeks S&P 500 Shariah, S&P United States LargeCap Shariah, dan S&P Global 1200 Shariah.
- Apple Inc.
- Microsoft Corp
- Facebook Inc
- Alphabet Inc (Google)
- Tesla, Inc
- Home Depot Inc
- Nvidia Corp
- Johnson & Johnson
- Visa Inc
- Taiwan Semiconductor Manufacturing Co Ltd
Dana Unit Amanah Ekuiti Global
Dibawah Public Mutual, terdapat pelbagai dana unit amanah yang membuat pelaburan didalam pasaran ekuiti global sama ada di pasaran USA, Greater China, Europe, Asia, Asean dan dana bercampur.
Jika anda ingin mendapat pendedahan pelaburan dipasaran ekuiti global, tetapi tidak mahu menguruskan pelaburan anda dengan sendiri, anda boleh mengambil peluang ini.
Diantara kelebihan dana unit amanah ekuiti global adalah:
- Diuruskan oleh pengurus dana yang bertauliah
- Dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
- Kepelbagaian pelaburan di dalam puluhan syarikat
(40-60 saham bergantung kepada dana) - Dipantau penasihat shariah
Anda boleh isi nama dan no telefon anda untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan dana unit amanah ekuiti global.
Bagi anda yang ingin mendapatkan pendedahan pada saham global patuh shariah, ambil masa untuk belajar dan buat kajian yang secukupnya bagi mengelakkan kerugian daripada pasaran global.