Disini, kami membantu anda untuk mendaftarkan akaun anda dengan mudah dan cepat dengan Public Mutual melalui online di Public Mutual Online (PMO). Anda boleh ikuti langkah-langkah yang diberikan ini.
1.Buka laman web Public Mutual.
Lawati www.publicmutual.com.my
2. Klik Enrol Now
3. Click To Enrol Online
4. Masukkan maklumat yang diminta dan klik NEXT.
5. Request PAC
Klik “Request PAC” dan masukkan PAC No. yang dihantar ke telefon.
Kemudian klik “Proceed”
6. Masukkan maklumat diri.
Masukkan alamat email dan klik “Request Email Code“.
Masukkan Email Verification Code yang dihantar ke email anda.
Pastikan semak maklumat diri yang dimasukkan sebelum menekan NEXT.
7. Masukkan alamat surat-menyurat dan alamat kediaman (jika berbeza) anda.
Klik NEXT.
8. Masukkan maklumat kewangan dan pekerjaan anda.
Klik NEXT.
9. Klik AGREE untuk membuat verifikasi akaun bank anda.
10. Pilih nama bank dan masukkan nombor akaun bank anda.
Tanda di KOTAK “I have read, understood and agree to all the above” dan klik AGREE.
11. Masukkan User ID dan Password pilihan anda.
Maklumat ini untuk anda log masuk ke portal Public Mutual Online (PMO) di masa hadapan.
Tanda tick di KOTAK dan klik NEXT.
12. Semak maklumat yang dimasukkan dan pastikan tidak kesalahan.
Tanda di pilihan “Uploading your NRIC and photo of yourself holding your NRIC”
Biarkan i-CRP Code kosong.
Klik “Confirm”
13. Muat naik 3 gambar yang diperlukan.
- Gambar depan IC.
- Gambar belakang IC.
- Gambar selfie bersama IC.
Pastikan gambar jelas dan maklumat IC boleh dibaca dengan jelas.
Klik NEXT selepas anda selesai memilih file gambar.
14. Anda akan diberikan nombor rujukan PMO pendaftaran anda. SELESAI.
Boleh Print untuk rekod pendaftaran anda.
Klik Close untuk tutup.
15. Permohonan Diluluskan.
Anda akan menerima emel pengesahan pendaftaran selepas permohonan anda diterima dan diluluskan dalam masa 1-2 hari bekerja.
16.Khidmat Perunding Unit Amanah.
Melalui Public Mutual Online, anda boleh terus membuat pelaburan didalam mana-mana dana yang anda inginkan.
Tetapi, anda juga boleh dapatkan panduan, tunjuk ajar dan khidmat nasihat percuma dari perunding berdaftar dibawah Public Mutual tanpa sebarang caj tambahan. Anda hanya perlu memohon e-Suitability Assessment dari perunding kami sahaja.
Diantara kelebihan anda membuat pelaburan dibawah pemantauan perunding adalah:
- Khidmat nasihat pengurusan kewangan bagi pelaburan unit amanah.
- Khidmat nasihat pemilihan dana yang sesuai.
- Khidmat nasihat pembahagian aset pelaburan.
- Khidmat nasihat pendedahan risiko pelaburan.
- Khidmat pemantauan prestasi dana pelaburan.
- Perkongsian mengenai pasaran ekonomi semasa.
Semua kelebihan ini, anda boleh dapatkan daripada perunding berdaftar tanpa anda dikenakan caj tambahan bagi pelaburan yang anda buat dibawah Public Mutual.
Sila isi nama anda dan nombor telefon untuk perunding kami membantu anda didalam proses e-Suitability Assessment dan membantu anda menguruskan pelaburan anda.