Portfolio Rebalance ataupun mengimbangkan kembali portfolio adalah proses didalam menyusun kembali pelaburan mengikut ketetapan yang dibuat apabila berlakunya turun naik pasaran.

Proses portfolio rebalance boleh dibuat sekurang-kurangnya setiap 6 bulan sekali untuk memastikan porfolio dapat dipantau secara berkala dan berada ditahap optimum pengikut ketetapan dan tahap risiko yang diambil.

Diantara manfaat yang dapat diambil daripada proses portfolio rebalance adalah:

  • Lock Profit / Mengambil Untung
    Dana yang berada didalam pasaran ekuiti yang tinggi dan menguntungkan boleh dipindahkan sebahagiannya kedalam dana pasaran wang untuk mengambil keuntungan.
  • Seimbangkan Risiko
    Jika dana ekuiti berkembang tinggi dan melebihi peratusan komposisi asal portfolio, sebahagiannya boleh dipindahkan ke dana bon untuk mengembalikan portfolio kepada komposisi yang asal.

Terdapat 2 pilihan untuk portfolio rebalance, iaitu:

  1. Menambah Pelaburan
  2. Pertukaran Dana

Menambah Pelaburan

Apabila pelabur mempunyai dana tambahan untuk pelaburan, portfolio boleh dibuat dengan menambah kedalam dana pelaburan supaya portfolio mencapai keseimbangan yang diingini.

Pertukaran Dana

Jika pelabur tidak mempunyai dana tambahan, pertukaran dana akan dibuat mengikut komposisi pelaburan yang ditetapkan tercapai.

Jika anda ingin portfolio anda disemak dan diberikan cadangan yang sesuai untuk portfolio rebalance, anda boleh berikan nama dan no telefon untuk berhubung dengan perunding kami.

Haris My Trust Invest

Numbers Speak

Years Experience
1
Unit Trust Funds
1
Account Holder
1 M
Net Asset Value
1 B

Public Mutual Berhad

My Trust Invest Telegram

Dapatkan info terkini dana unit amanah dan berita pasaran saham semasa dalam telegram channel My Trust Invest secara percuma.

No Fields Found.