Perbezaan Pelaburan dan Perdagangan dalam Saham

Apabila disebut tentang Bursa Saham, ramai yang terbayang dengan kaunter-kaunter saham yang diniagakan dan urusan jual beli saham untuk mendapatkan keuntungan.

Beli ketika harga murah dan jual ketika harga tinggi.

Itulah sahaja cara untuk dapatkan keuntungan dari bursa saham.

Perbezaan Melabur dan Berdagang Saham

Jual Beli Saham

Tetapi, adakah urusan jual beli saham di bursa saham diistilahkan sebagai melabur atau berdagang?

Ketahui bahawasanya JUAL dan BELI SAHAM boleh jadi melabur, dan juga berdagang. Disini dikongsikan secara ringkas perbezaannya.

MELABUR adalah apabila kita membeli saham-saham tertentu, untuk mendapatkan keuntungan dalam jangka masa panjang. Tempoh pegangan terhadap saham-saham tertentu adalah dalam tempoh yang lama.

BERDAGANG adalah apabila kita berjual beli saham secara aktif setiap hari atau minggu untuk pelbagai kaunter saham, dan membuat pegangan saham dalam masa sekejap sahaja untuk mendapatkan keuntungan.

Beberapa berbandingan utama ciri-ciri diantara MELABUR dan BERDAGANG saham daripada wallstreetmojo.com

Ciri-CiriMELABURBERDAGANG
TujuanMendapatkan keuntungan cepat dengan pembelian dan penjualan saham secara aktifMengumpul aset secara konsisten dengan pembelian saham dan membuat pengangan untuk tempoh lama
Jangka Masa
Pegangan
Tempoh lama
(Melebihi 1 tahun)
Tempoh singkat
(Kurang dari 1 tahun)
PeganganPercaya harga saham akan meningkat untuk mencapai targetPercaya prestasi syarikat akan berkembang dan memberi pulangan dividen.
KeuntunganBeli saham pada harga rendah, dan jual ketika harga tinggi.Melaburkan kembali keuntungan dan dividen untuk unit saham tambahan.
Pulangan10% setiap bulan10-15% setiap tahun
AnalisisAnalisis Teknikal
– Pergerakan Harga Purata
Analisis Dasar Syarikat
– Ratio Harga/Pulangan
– Jangkaan Pengurusan
StrategiBeli untuk JualBeli untuk Pegangan
PerlindunganMargin kerugian ditetapkan jika harga pasaran jatuh.Tidak ada margin kerugian ditetapkan. Unit saham dipegang dengan harapan pasaran akan kembali naik.

Kelebihan dan Kekurangan

Berdagang memerlukan masa yang banyak untuk meneliti pergerakan harga dan sentiasa memberikan tekanan yang tinggi apabila pergerakan harga tidak mengikut jangkaan. Jika dibandingkan dengan melabur, pelaburan yang baik dan konsisten tidak memerlukan pemantauan hingga beberapa tahun jika sektor pelaburan berkembang dengan kukuh.

Peluang menjana keuntungan adalah tinggi didalam berdagang saham, tetapi risiko berdagang adalah lebih tinggi berbanding membuat pelaburan.

Berdagang atau Melabur, Pilihan Anda ?

Cuba hitung masa yang anda boleh luangkan setiap hari ?
Jika anda mempunyai masa yang banyak untuk membaca graf-graf kaunter saham setiap, mungkin berdagang sesuai untuk anda. Jika tidak, anda boleh pilih untuk membuat pelaburan.

Sanggup membaca graf-graf petunjuk harga saham setiap masa?
Berdagang memerlukan kerja keras untuk menyelidik pasaran asas dan petunjuk-petunjuk berita berkaitan sesebuah syarikat, sejarah syarikat dan asas pergerakan harga semasa. Tanpa asas penyelidikan yang cukup, sudah pasti lebih banyak kerugian daripada keuntungan yang diperolehi.

Penutup

Sama ada anda ingin menjadi seorang pedagang atau pelabur didalam pasaran saham, anda perlu mengukur kemampuan anda dan pastikan anda memperuntukkan sedikit masa untuk membuat bacaan yang sesuai berkaitan dengan perdagangan dan pelaburan.

Jika anda ingin mencari peluang untuk mengembangkan simpanan anda, anda boleh membuat pembacaan berkenaan dengan Apakah Dana Unit Amanah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

My Trust Invest Telegram

Dapatkan info terkini dana unit amanah dan berita pasaran saham semasa dalam telegram channel My Trust Invest secara percuma.