Pelaburan Public Mutual adalah salah satu cara untuk melabur didalam pasaran saham, bon / sukuk dan pasaran wang sama ada didalam negara, rantau asia dan juga global. Melalui Public Mutual, pelaburan menjadi cepat, mudah dan menguntungkan.
Terdapat 155 dana pelbagai jenis dana unit trust dibawah Public Mutual yang menawarkan pelaburan permulaan dengan hanya serendah RM100 sahaja.
Kategori Dana Public Mutual
Dana dibawah Public Mutual terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu:
- Pasaran Wang / Money Market
- Bon / Sukuk
- Aset Campuran ( Bon & Ekuiti )
- Ekuiti / Saham
Jenis Dana Ekuiti Public Mutual
Terdapat beberapa jenis dana ekuiti dibawah Public Mutual yang dibahagikan kepada 3 kategori utama mengikut lokasi pelaburan iaitu:
- Ekuiti Malaysia
Tumpuan pelaburan dibuat didalam negara dengan 3 kategori kecil iaiti Ekuiti Malaysia, Ekuiti Malaysia Pendapatan dan Ekuiti Malaysia Small & Mid Cap - Ekuiti Regional
Ekuiti regional menumpukan pelaburan di regional tertentu seperti Asean, Asia Pasifik ex-Japan dan Asia Pasifik. - Ekuiti Global
Ekuiti Global membuat pelaburan di peringkat global terutama di pasaran US, UK, German, China dan lain-lain. Pelaburan lebih tertumpu kepada syarikat-syarikat global.
Selain daripada 3 kategori utama tersebut, terdapat juga dana yang fokus kepada negara-negara tertentu sahaja seperti US, China, Australia, Singapura dan lain-lain negara.
Pelbagaikan Pelaburan
Pelaburan yang dibuat didalam Public Mutual boleh dipelbagaikan dengan mudah kerana pelbagai dana yang ada dibawah satu syarikat pengurusan.
Mempelbagaikan pelaburan didalam beberapa dana dibawah kategori yang berbeza boleh mengurangkan risiko kebergantungan pelaburan hanya didalam pasaran tertentu sahaja.
Sebagai contoh, pelaburan dibuat hanya didalam pasaran Malaysia sahaja. Jika pasaran global meningkat, anda terlepas peluang untuk mendapat keuntungan daripadanya.
Dapatkan khidmat perunding unit amanah berdaftar Public Mutual dibawah My Trust Invest untuk anda mendapat penerangan lanjut tentang kepelbagaian dana untuk pelaburan anda.
Keuntungan Pelaburan
Secara mudahnya, keuntungan pelaburan melalui dana unit amanah adalah dengan pembelian unit pada harga semasa dan menjualnya kembali apabila harganya naik lebih tinggi.
Contoh:
Beli 1 unit : RM0.35
Jual 1 unit : RM0.45
Untung 1 unit : RM0.10
Peratus keuntungan : 28%
Anda membuat pelaburan, keuntungan daripada 1 unit tersebut adalah RM0.10, jika:
Anda beli 100 unit, untung anda adalah RM10
Anda beli 1000 unit, untung anda adalah RM100
Anda beli10,000 unit, untung anda adalah RM1,000
Pelaburan yang dibuat oleh anda tidak ada jangka masa yang ditetapkan. Bila-bila masa saja anda boleh laburkan dan bila-bila masa sahaja anda boleh keluarkannya. Sebaiknya anda tetapkan tempoh masa yang sesuai untuk rancang pelaburan anda diantara 3-5 tahun supaya pelaburan yang dibuat menguntungkan.
Jika anda ingin buka akaun dan melabur dibawah Public Mutual, anda boleh isi nama dan nombor telefon untuk perunding unit amanah membantu anda.
Kami berharap anda jelas dengan penerangan mengenai Pelaburan Public Mutual yang telah dikongsikan kepada anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lain, anda boleh isi nama anda diatas untuk kami bantu anda.