Saya nak melabur dalam saham global, tapi betul ke boleh melabur dengan hanya RM100 sahaja?
Ya, betul. Dengan hanya RM100 sahaja, anda sudah boleh membuat pelaburan didalam saham-saham global termasuk saham di US, China, Taiwan, German, Australia dan lain-lain negara.
Ada beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk membuat pelaburan ini, salah satunya adalah melalui Dana Unit Trust atau Dana Unit Amanah.
Kelebihan Melabur Saham Global
Terdapat banyak syarikat yang bagus dan berkembang dengan baik di peringkat global dalam pelbagai sektor ekonomi terutama sektor teknologi. Diantara sekor lain yang menjadi tumpuan adalah sektor perkhidmatan, komunikasi, tenaga, industri, kesihatan.
Diantara syarikat-syarikat global yang terkenal dan biasa kita dengar adalah:
- Microsoft
- Apple
- Tesla
- Ferrari
Banyak lagi syarikat-syarikat global yang menjadi pengeluar kepada barangan harian dan perkhidmatan yang kita gunakan seharian.
Kenapa anda hanya jadi pengguna kepada barangan jenama-jenama global ini, sedangkan anda boleh menjadi sebahagian dari pelabur kepada syarikat-syarikat ini dan mendapatkan keuntungan darinya.
Dana Unit Amanah Ekuiti Global
Dibawah syarikat Public Mutual, Dana Public e-Islamic Sustainable Millennial diantara dana patuh shariah global yang membuat pelaburan didalam saham-saham global terutama di pasaran US, China, German, Jepun, Korea Selatan, dan beberapa negara lagi.
Objektif dana adalah untuk mencapai pertumbuhan dana dalam jangka masa panjang (5 tahun keatas) dengan melabur di dalam saham patuh syariah yang menggabungkan aspek kelestarian dalam amalan perniagaan terutamanya berkaitan persekitaran dan aspek sosial.
Apa yang menariknya dana unit amanah ini adalah dana diuruskan oleh pengurus dana bertauliah dan profesional. Dana dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan mempunyai penasihat shariah yang memantau pelaburannya.
Pengurus dana yang akan menguruskan dana pelaburan secara profesional, dan membuat jual beli saham yang sesuai dengan objektif dana tersebut dan mengikut penanda aras yang telah ditetapkan oleh perjanjian.
Ini adalah contoh pulangan dana Public e-Islamic Sustainable Millennial untuk tempoh 1 tahun dari 24 Ogos 2020 hingga 24 Ogos 2021.
*Pulangan lalu tidak menggambarkan pulangan dimasa akan datang.
Apa yang specialnya dana ini adalah pelaburan boleh dibuat hanya dengan serendah minimum RM100 sahaja.
Dengan pelaburan yang anda laburkan, duit anda akan dipecah-pecahkan kedalam beberapa saham syarikat mengikut peratusan yang telah ditetapkan oleh pengurus dana ini bersama pelaburan dari pelabur-pelabur lain yang membuat pelaburan bersama didalam dana ini.
Mudah kan?
Apa lagi, dapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan dana unit amanah dan pelaburan yang sesuai untuk anda daripada perunding unit amanah berdaftar sekarang. Isi nama dan no telefon untuk kami hubungi anda kembali.
Diharap anda sedikit-sebanyak faham bagaimana anda boleh melabur didalam saham global hanya dengan serendah RM100 sahaja dan apa yang lagi penting, pelaburan anda diuruskan oleh pengurus dana profesional untuk kembangkan lagi pelaburan anda dengan selamat.