Mulakan Pelaburan dengan Menetapkan Matlamat

My Trust Invest Matlamat Pelaburan

Apabila disebut berkenaan dengan pelaburan, ramai yang berkongsi cerita mengenai KERUGIAN yang pernah dihadapi apabila membuat pelaburan.

Ya, tidak dinafikan PELABURAN tidak dapat lari daripada KERUGIAN.

Tetapi, apakah perbezaan orang yang membuat PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN, dengan orang yang membuat PELABURAN YANG MERUGIKAN ?

Kunci yang PERTAMA didalam membuat PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN adalah dengan menetapkan MATLAMAT PELABURAN yang jelas.

MATLAMAT PELABURAN

Menetapkan matlamat pelaburan yang jelas adalah sangat-sangat penting sebelum anda memulakan sesuatu pelaburan. Tidak kisah sama ada pelaburan yang anda ingin buat, didalam sebarang instrumen pelaburan yang ada diantaranya adalah Emas, Hartanah, Saham, Unit Amanah dan sebagainya.

Tanpa matlamat yang jelas, pelaburan yang dibuat, semestinya mengundang RISIKO YANG TINGGI untuk mengalami KERUGIAN pada masa hadapan.

3 KOMPONEN PENTING MATLAMAT PELABURAN

Didalam menetapkan Matlamat Pelaburan yang JELAS, terdapat 3 KOMPONEN utama didalam Matlamat Pelaburan yang mampu menjadikan pelaburan anda satu PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN.

1- TUJUAN PELABURAN

Sebelum memulakan sebarang pelaburan, yang pertama sekali, anda mestilah menetapkan TUJUAN apa anda ingin membuat pelaburan. Seperti juga simpanan, anda perlu tetapkan dengan JELAS, apa tujuan anda, untuk buat pelaburan anda.

Diantara TUJUAN yang utama ditetapkan adalah:

  • Tabung Deposit Rumah
  • Tabung Deposit Kereta
  • Tabung Pendidikan Anak
  • Tabung Mengerjakan Umrah / Haji
  • Tabung Melancong

Daripada impian anda, tetapkan impian tersebut menjadi TUJUAN didalam MATLAMAT PELABURAN yang anda ingin buat nanti.

2- TEMPOH PELABURAN

Apabila anda selesai menetapkan SATU atau BEBERAPA tujuan yang jelas didalam matlamat pelaburan anda, langkah yang kedua adalah MENETAPKAN TEMPOH yang sesuai dan munasabah untuk menjadikan TABUNG anda itu penuh.

Anda boleh membuat pengiraan MUDAH dalam menetapkan TEMPOH pelaburan tersebut berdasarkan UMUR anda sekarang.

Sebagai contoh, umur anda sekarang adalah 25 TAHUN.

Anda ingin memiliki kereta pada umur 30 tahun dan memiliki sebuah rumah pada umur 35 tahun. Daripada tujuan anda tersebut, anda boleh kira, berapa tempoh masa yang perlu anda ambil untuk mencapai tujuan anda tersebut.

  • Tabung Deposit Kereta :
    5 Tahun lagi
  • Tabung Deposit Rumah :
    10 Tahun lagi

Sekarang, anda sudah jelas dengan TUJUAN dan TEMPOH masa pelaburan yang anda bakal buat nanti.

TUNGGU …….
TUNGGU …….

Masih ada satu lagi komponen yang perlu anda tetapkan didalam matlamat pelaburan anda.

3- JUMLAH PELABURAN

Selepas anda sudah mempunyai TUJUAN dan TEMPOH masa pelaburan, anda perlu membuat kiraan JUMLAH PELABURAN yang perlu anda buat untuk PENUHKAN tabung pelaburan anda.

Untuk membuat pengiraan jumlah pelaburan anda, ada 2 komponen yang berkaitan perlu ditetapkan iaitu,

  • Jumlah Tabung
    Tabung yang anda telah tetapkan, perlulah dibuat pengiraan, berapa jumlah yang anda ingin capai bagi tabungan tersebut. Contohnya:
    • Tabung Deposit Kereta: RM20,000
      Untuk kereta Bezza sekitar RM45,000, bayaran muka RM20,000 boleh rendahkan bayaran bulanan dari RM430 sebulan kepada hanya RM260 sahaja sebulan.
    • Tabung Deposit Rumah: RM40,000
      RM30,000 adalah untuk bayaran 10% deposit rumah berharga RM300,000 dan RM10,000 adalah untuk caj-caj tambahan lain.
  • Jangkaan Pulangan

Jangkaan pulangan daripada pelaburan yang anda ingin buat perlulah bersesuaian dengan tahap toleransi risiko anda.

Semak Tahap Toleransi Risiko anda.

Secara mudahnya, tahap toleransi risiko berkadar langsung dengan jangkaan pulangan. Tahap toleransi risiko menentukan tempat pelaburan dibuat contohnya Tabung Haji atau Simpanan Tetap (Fixed Deposit) dan bentuk instrumen pelaburan sama ada emas, sukuk/bon , saham dan unit amanah.

  • Contoh Jangkaan Pulangan:
    • Risiko Rendah : 3% setahun
    • Risiko Sederhana : 5% setahun
    • Risiko Tinggi : 8% setahun
    • Risiko Sangat Tinggi : 12% setahun
  • Kiraan Jumlah Pelaburan

    Menggunakan TVM Calculator, anda boleh mengira jumlah pelaburan bulanan yang perlu dibuat untuk mencapai Jumlah Tabungan anda daripada Tempoh Pelaburan dan Jangkaan Pulangan yang ditetapkan.

CONTOH PENGIRAAN PELABURAN BULANAN

Disini dikongsikan 4 contoh pengiraan pelaburan bulanan bagi 4 toleransi risiko yang berbeza iaitu risiko rendah, risiko sederhana, risiko tinggi dan risiko sangat tinggi.

Risiko Rendah
Tujuan Tabungan: Deposit Rumah
Tempoh Pelaburan: 10 Tahun
Jumlah Tabung : RM40,000
Jangkaan Pulangan: 3% setahun
Pelaburan Bulanan: RM286

Risiko Sederhana
Tujuan Tabungan: Deposit Rumah
Tempoh Pelaburan: 10 Tahun
Jumlah Tabung : RM40,000
Jangkaan Pulangan: 5% setahun
Pelaburan Bulanan: RM259

Risiko Tinggi
Tujuan Tabungan: Deposit Rumah
Tempoh Pelaburan: 10 Tahun
Jumlah Tabung : RM40,000
Jangkaan Pulangan: 8% setahun
Pelaburan Bulanan: RM222

Risiko Sangat Tinggi
Tujuan Tabungan: Deposit Rumah
Tempoh Pelaburan: 10 Tahun
Jumlah Tabung : RM40,000
Jangkaan Pulangan: 12% setahun
Pelaburan Bulanan: RM180

Instrumen Pelaburan

Pelaburan yang menguntungkan, bukanlah pelaburan yang mempunyai risiko yang tinggi.

Tetapi, pelaburan yang menguntungkan adalah pelaburan yang dibuat sesuai dengan Tahap Penerimaan Risiko setiap individu.

Tahap Penerimaan Risiko individu berkait rapat dengan emosi dan tahap pengetahuan didalam pelaburan yang dibuat oleh setiap individu. Setiap individu tidak sama tahap penerimaan risikonya. Semak instrumen pelaburan yang anda ingin laburkan, sama ada sesuai dengan tahap penerimaan risiko anda ataupun tidak.

Pastikan anda memilih instrumen pelaburan yang sesuai dengan tahap penerimaan risiko anda dan pengetahuan anda didalam instrumen tersebut. Semakin rendah pengetahuan anda terhadap sesebuah instrumen pelaburan tersebut, lagi tinggi risiko pelaburan tersebut.

Diantara instrumen pelaburan yang mempunyai kepelbagaian risiko adalah dana unit amanah. Dana unit amanah diuruskan oleh pengurus dana bertauliah dan diselia dengan ketat oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang menyelia instrumen pelaburan di Malaysia. Kenali Apakah Dana Unit Amanah.

Ingat, Pelaburan Yang Menguntungkan datang dari MATLAMAT PELABURAN yang jelas, risiko yang sesuai dan pengetahuan yang tinggi didalam pelaburan yang dibuat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

My Trust Invest Telegram

Dapatkan info terkini dana unit amanah dan berita pasaran saham semasa dalam telegram channel My Trust Invest secara percuma.