Melabur didalam saham adalah salah satu cara untuk mengembangkan simpanan dengan potensi pulangan yang tinggi melebihi 8% setahun.
Walaupun risiko pelaburan didalam saham adalah tinggi, tetapi dengan ilmu dan tempoh pelaburan yang panjang, menjadikan pelaburan didalam saham menguntungkan.
Jika anda mencari cara yang sesuai dan terbaik untuk anda melabur didalam saham, anda ikuti artikel ini sampai habis untuk anda mendapat idea asas didalam melabur saham.
Tempoh Pelaburan Saham
Tanya dahulu diri anda, berapa lama tempoh untuk anda melabur didalam saham?
Adakah sehari, seminggu, sebulan, setahun atau lebih dari setahun.
Jika anda ingin melabur didalam saham kurang dari 1 tahun, anda bukanlah dikira sebagai melabur didalam saham tetapi anda dikira sebagai pedagang saham.
Pedagang atau disebut trader atau speculator mengambil kesempatan diatas naik turun harga saham dalam masa singkat untuk menjana keuntungan.
Berbeza dengan pelabur, anda membeli sesebuah saham syarikat, untuk jangka masa lama melebihi 1 tahun untuk menjana keuntungan daripada kenaikan harga saham (capital gain) dan juga ingin mendapatkan dividen dari syarikat jika diberikan.
Cara seorang pelabur membeli dan menjual sesebuah saham, berbeza dari cara seorang trader / pedagang membuat keputusan membeli sesebuah saham syarikat yang diingini.
Melabur Saham Jangka Panjang
Apabila anda memahami bahawa anda ingin melabur didalam saham untuk jangka masa panjang, adalah penting untuk anda belajar analisis fundamental, berbanding analisis teknikal.
Ada beberapa asas penting didalam membuat analisis fundamental untuk melabur didalam saham-saham tertentu. Diantara perkara-perkara yang dilihat adalah:
- Situasi Ekonomi
Situasi ekonomi memainkan peranan didalam kenaikan harga saham. Sebagai contoh, semasa bencana wabak Covid-19, keperluan sarung tangan meningkat. Jadi, saham-saham syarikat sarung tangan akan meningkat seperti saham Top Glove dan Hartalega. - Pengurusan Syarikat
Barisan pengurusan syarikat yang berwibawa dan mempunyai visi dan misi yang jelas boleh meningkatkan keyakinan pelabur untuk melabur didalam syarikat tersebut. - Kedudukan Kewangan
Setiap suku tahun, setiap syarikat akan membentangkan kedudukan kewangan semasa syarikat. Syarikat yang menunjukkan peningkatan keuntungan akan menjadi tumpuan pelabur. - Dividen
Pemberian dividen yang tinggi bagi saham syarikat adalah antara tarikan pelabur untuk mendapatkan pendapatan tetap setiap tahun daripada pegangan saham tersebut. - Ratio Kewangan
Ada beberapa petunjuk didalam ratio kewangan yang menjadi pertimbangan pelabur diantaranya earning-per-share (EPS), price to earnings ratio (PE ratio) dan price to book
Maklumat yang berkaitan syarikat, anda boleh dapatkan daripada laman web syarikat terbabit terutama makluamt kewangan setiap suku tahun yang diumumkan oleh syarikat.
Bagi maklumat berkaitan situasi ekonomi semasa, rujukan yang biasa dibuat oleh pelabur adalah akhbar-akhbar tempatan dibahagian ekonomi dan portal-portal berita ekonomi seperti Bloomberg.
Pelbagaikan Jenis Saham
Apabila anda ingin membuat pelaburan didalam saham untuk jangka masa panjang, laburlah di beberapa kaunter saham dan jika boleh, pecahkan didalam beberapa sektor seperti teknologi, perkilangan, utiliti dan lain-lain.
Mempelbagaikan pegangan saham di beberapa syarikat dan berbeza sektor, boleh mengurangkan risiko kerugian apabila terdapat sektor-sektor tertentu jatuh.
Sebagai contoh semasa wabak Covid-19, sektor perkhidmatan jatuh disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) tetapi sektor teknologi & telekomunikasi meningkat. Peningkatan di satu-satu sektor boleh mengimbangi kejatuhan di sektor yang lain.
Dana Unit Amanah
Selain daripada anda membuat pelaburan didalam saham-saham secara sendiri, anda juga boleh membuat pelaburan didalam dana unit amanah.
Dana unit amanah adalah pelaburan secara kolektif diantara pelabur-pelabur yang mempunyai matlamat pelaburan yang sama, kedalam pasaran saham dan juga instrumen pelaburan lain termasuk bon dan sukuk.
Dana unit amanah diuruskan oleh pengurus dana bertauliah yang mempunyai kelayakan didalam menguruskan pelaburan. Dana ini juga dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan mempunyai penasihat shariah yang bertauliah bagi dana patuh shariah.
Diantara komponen penting didalam dana unit amanah adalah Pemegang Amanah (Trustee). Pemegang amanah menjadi pihak ketiga yang memegang aset bagi pihak pelabur, menjadikan pengurusan dana unit amanah telus dan diyakini.
Diantara kelebihan lain dana unit amanah adalah pendedahan kepada pelaburan saham diluar negara terutama pasaran saham US dan China.
Pelaburan boleh dimulai secara minimum serendah RM100 sahaja untuk dana-dana unit amanah tertentu yang amat mustahil untuk dibuat secara sendiri terutama untuk melabur ke luar negara.
Public e-Islamic Sustainable Millennial Fund (PelSMF)
Ini adalah salah satu contoh dana unit amanah iaitu Dana Public e-Islamic Sustainable Millennial. Dana ini diuruskan oleh Public Mutual dan sebuah dana patuh syariah yang fokus membuat pelaburan di pasaran global.
Daripada laporan terakhir dana, 5 negara teratas pelaburan dana ini telah dibuat di:
- United States 77.64%
- Japan 5.80%
- Australia 3.66%
- Germany 3.43%
- Italy 2.64%
Diantara syarikat-syarikat global yang dibuat pelaburan bagi dana ini adalah:
- Apple Inc 9.94%
- Microsoft Corp 9.74%
- Alphabet Inc A 5.97%
- Facebook Inc A 5.32%
- Exxon Mobil Corp 4.41%
- Nike Inc ADR 4.13%
Bagi tahun 2020, prestasi pulangan pelaburan dana adalah sebanyak 29.34%.
Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dana unit amanah atau mempunyai sebarang persoalan, boleh isi nama dan no telefon untuk berhubung dengan perunding unit amanah yang bertauliah.
Daripada perkongsian ini, saya harap anda dapat serba sedikit gambaran bagaimana asas cara melabur saham. Penting untuk anda melabur didalam ilmu pelaburan saham terlebih dahulu sebelum anda melabur didalam mana-mana saham.