Caj-Caj didalam Saham Amanah

Caj-caj yang dikenakan didalam dana saham amanah perlu diambil tahu apabila ingin membuat pelaburan dengan syarikat pengendali dana saham amanah.

Antara caj-caj yang dikenakan adalah:

Caj didalam dana unit amanah

Caj Belian (Sales Charge)

Caj belian akan dikenakan setiap kali anda buat pembelian dana saham amanah atau setiap kali menambah pembelian saham amanah.

Caj belian adalah berbeza-beza untuk setiap dana saham amanah yang ditawarkan bergantung kepada jenis saham amanah yang ditawarkan.

Kebiasaanya caj belian untuk dana jenis ekuiti (3%-5%) adalah lebih mahal berbanding dana jenis bon(1%). Bagi dana pasaran wang, kebiasaannya tidak ada caj belian.

Caj Jualan (Redemption Charge)

Caj jualan akan dikenakan apabila setiap kali anda ingin menjual unit amanah anda. Kebanyakan dana unit amanah tidak ada caj jualan.

Caj Pertukaran (Switching Charge)

Caj pertukaran adalah caj apabila anda ingin pindahkan pelaburan anda dari dana saham amanah sedia ada ke dana unit amanah yang lain dalam syarikat yang sama.

Caj Pengurusan (Management fee)

Caj pengurusan adalah caj yang dikenakan oleh syarikat pengendali untuk kos pengurusan dana unit amanah yang diuruskannya. Caj ini akan ditolak dari dana unit amanah.

Caj Pemegang Amanah (Trustee fee)

Caj pemegang amanah adalah caj yang dibayar kepada pihak pemegang amanah untuk sesebuah dana unit amanah. Caj ini akan ditolak dari dana unit amanah.

Pastikan anda dapatkan dan meneliti Product Highlight Sheet (PHS) dan Prospectus bagi dana unit amanah yang ingin anda buat pelaburan untuk mengetahui dengan jelas caj-caj yang dikenakan.

Anda boleh hubungi perunding unit amanah anda untuk maklumat lanjut dan penerangan yang jelas berkenaan caj-caj yang ada.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

My Trust Invest Telegram

Dapatkan info terkini dana unit amanah dan berita pasaran saham semasa dalam telegram channel My Trust Invest secara percuma.