Rahsia bersara sebagai Jutawan, Hanya Melabur RM500 sebulan

My Trust Invest Bersara sebagai jutawan

Bersara dengan simpanan RM1,000,000 pada masa sekarang bukanlah satu angan-angan tetapi menjadi keperluan kepada setiap individu.

Kenapa penting untuk anda bersara sebagai JUTAWAN apabila berumur 60 tahun nanti?

Keperluan Persaraan

Merancang kewangan persaraan adalah cukup penting supaya anda boleh bersara dengan sokongan kewangan yang mencukupi untuk membiayai keperluan hidup anda selepas bersara nanti.

Buat kira-kira keperluan anda. Apabila bersara nanti, kehidupan yang bagaimana anda harapkan dan berapa kos yang perlu anda ada dikala anda sudah tidak lagi mampu aktif mencari pendapatan.

Katakan umur anda sekarang adalah 30 tahun, dan anda mempunyai tempoh selama 30 tahun lagi sebelum bersara. Perbelanjaan bulanan yang anda jangkakan untuk keluarga anda sebulan adalah RM3,000 sebulan, dengan kadar harga barangan semasa.

Penting untuk anda ingat, bahawa harga barangan dan perkhidmatan akan sentiasa naik, seiring dengan kadar inflasi. Jadi, anda perlu kira, jika hari ini anda perlukan perbelanjaan RM3,000 sebulan, berapa anda perlukan sebulan, untuk tempoh 30 tahun lagi apabila anda bersara.

Jika kadar inflasi tahunan adalah sekitar 3% setahun,

Jumlah perbelanjaan bulanan 30 tahun lagi adalah:
= RM3,000 (1+3%) ^ 30
= RM 7,281 sebulan.

Itulah jangkaan perbelanjaan bulanan anda pada 30 tahun lagi.

Dengan purata umur rakyat malaysia sekitar 73 tahun, anda mempunyai sekurang-kurangnya 13 tahun selepas bersara untuk menjalani kehidupan persaraan anda.

Dengan kos perbelanjaan bulanan yang dibuat, kos keseluruhan adalah:
= RM 7,281 sebulan x 12 bulan x 13 tahun.
= RM 1,135,836.00

Jadi, anda dapat lihat, berapa kos minimum yang anda perlukan untuk membiayai kehidupan selepas persaraan anda nanti. Itu tidak tabungan untuk anda melancong jika anda seorang yang suka berjalan-jalan.

Rancang Persaraan Dari Sekarang

Persaraan yang terancang adalah kunci untuk anda mencapai jumlah simpanan persaraan yang diingini dengan simpanan yang minimum.

Terdapat 2 komponen yang perlu untuk anda buat pertimbangan dan kajian dalam merancang persaraan yang baik

TEMPOH SEBELUM PERSARAAN

Untuk membuat rancangan persaraan yang baik, anda perlu meneliti tempoh masa yang anda ada sebelum persaraan.

Lagi cepat anda mulakan simpanan persaraan anda, lagi rendah simpanan bulanan yang anda perlu buat untuk mencapai matlamat persaraan anda.

Daripada infografik diatas, untuk anda bersara pada umur 60 tahun dengan simpanan RM1,000,000 , anda perlu memulakan simpanan RM500 seawal umur 25 tahun dengan purata pulangan pelaburan 8% setahun.

Jika anda mulakan simpanan berumur 30 tahun, anda hanya mampu mencapai simpanan RM679,000 sahaja apabila mencapai umur 60 tahun kelak.

Jadi, rancang persaraan anda lebih awal untuk mencapai matlamat persaraan anda dengan komitmen yang rendah.

Pulangan Pelaburan

Simpanan persaraan perlulah dilaburkan ditempat yang sesuai supaya simpanan anda berkembang dengan lebih banyak untuk mencapai jumlah tabungan persaraan anda.

Buat kajian terhadap tempat-tempat utama yang dijadikan sebagai instrumen pelaburan untuk dana persaraan anda, dan berapakan potensi pulangan yang anda boleh dapat daripadanya.

Antara institusi atau instrumen simpanan yang baik untuk dijadikan dana persaraan adalah:

  • Tabung Haji.
    Purata hibah 3.52% setahun (6 tahun terakhir)
  • ASB
    Purata dividen 6.13% setahun (6 tahun terakhir)
  • KWSP
    Purata dividen 5.55% setahun ( 4 tahun terakhir bagi simpanan shariah)
  • Dana Unit Amanah
    Potensi pulangan 8% setahun. Ketahui bagaimana dana unit amanah boleh memberikan potensi pulangan yang lebih tinggi di dalam penerangan berikutnya.

Daripada info grafik perkiraan diatas, anda dapat lihat contoh diberikan untuk jumlah simpanan RM750 sebulan bagi individu berumur 30 tahun dengan matlamat umur persaraan 60 tahun.

Anda memerlukan minimum pulangan 8% setahun untuk anda mencapai tabungan RM1,019,549.

Jika anda membuat simpanan persaraan hanya di ASB sebagai contoh, dengan purata dividen hanya 6.13% setahun, anda mencapai hanya RM711,524, kurang RM300,000 untuk bersara dengan jumlah minimum RM1 juta.

Dana Unit Amanah

Ramai yang masih tidak tahu, dan tidak mengetahui dengan terperinci dan jelas berkenaan dengan Dana Unit Amanah dan bagaimana Dana Unit Amanah boleh memberikan pulangan melebihi 8% untuk anda mencapai matlamat simpanan persaraan.

Secara ringkas, Dana Unit Amanah adalah dana yang dikumpul dari para pelabur, untuk dikembangkan didalam instrumen pelaburan yang berpotensi memberikan pulangan yang tinggi melebihi 8% setahun dengan risiko pelaburan yang lebih tinggi untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa sederhana (3-5 tahun) dan panjang (lebih 5 tahun).

Terdapat 3 jenis utama dana unit amanah yang mempunyai potensi pulangan yang berbeza iaitu:

  • Dana Ekuiti Malasia / Regional / Global
    Potensi pulangan melebihi 8% setahun
  • Dana Bercampur / Seimbang
    Potensi pulangan sekitar 5-8% setahun
  • Dana Bon / Sukuk
    Potensi pulangan sekitar 4-5% setahun.

Prestasi Dana Unit Amanah

Ini adalah contoh prestasi Dana Public Asia Ittikal dibawah Public Mutual.

Dana Public Asia Ittikal ini adalah dana ekuiti regional yang membuat pelaburan di pasaran ekuiti negara-negara Asia.

Jumlah pulangan untuk 10 tahun adalah 166.35% dengan pulangan purata tahunan 9.21%.

Dibawah ini adalah contoh Dana Public Islamic Asia Dividend yang juga dibawah Public Mutual. Dana ini membuat pelaburan didalam saham-saham ekuiti asia yang fokus kepada pendapatan dividen tahunan.

Dana Public Islamic Asia Dividend memberikan jumlah pulangan sebanyak 152.10% untuk tempoh 10 tahun dengan purata pulangan tahunan 9.09%.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Dana Unit Amanah dan bagaimana Dana Unit Amanah boleh membantu anda mencapai matlamat persaraan, boleh ke Apakah Dana Unit Amanah. atau anda boleh isi nama dan nombor telefon untuk perunding unit amanah bantu anda mendapatkan penerangan.

No Fields Found.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

My Trust Invest Telegram

Dapatkan info terkini dana unit amanah dan berita pasaran saham semasa dalam telegram channel My Trust Invest secara percuma.